Sunday, December 25, 2011

KEHIDUPAN AHLI ILMU


 Semenjak Al-Faqir dikurniakan nikmat berada samping Guruku yang mulia, Al-Allamah Al-Muhadith Syeikh Mahmud Sa’id  Mamduh, Kami selalu disajikan dengan kisah-kisah Masyaikh beliau yang pernah mentarbiyah beliau sewaktu di Mekah, Sehinggakan nama-nama ulama Mekah lebih melekat di hati kami daripada ulama Azhar sendiri.

Setiapa kali beliau menyebut perihal Guru-guru beliau di Mekah dengan penuh kebanggaan , pasti di hati kami timbul sedikit rasa cemburu, alangkah bagusnya sekiranya kami diberi peluang untuk menatap wajah para ulama tersebut walaupun untuk beberapa detik. Tapi tak pelah, dapat jumpa dengan syeikh Mahmud pun cukup cukup cukup beruntung.

Ulama –ulama besar Makkah, seperti Syeikh Yasin Al-Fadani, Syeikh Zakaria Bila, Syeikh Ahmad Dardum, Syeikh Ibrahim Al-Fatoni, Syeikh Abdul Karim Al-Banjari ( semua ni ulama Nusantara ) dan yang lain-lain sentiasa disebut oleh beliau hampir setiap kali pengajian. Beliau pernah menyebutkan kronologi kehidupan ulama –ulama tersebut dari kecil sehingga mereka wafat. Putaran kehidupan mereka amat ringkas, kehidupan mereka menghimpunkan segala jenis kemuliaan di sisi ALLAH, mereka bergelumang dengan ilmu, Ibadat, Sunnah dan Dakwah. Cuba perhatikan beberapa kenyataan tentang mereka.kehidupan kebanyakan ulama  begini :



·         Kebanyakan mereka dilahirkan di keluarga yang kuat pegangan agama, ayah dan ibu mereka terdiri dari kalangan orang soleh dan pendakwah.
·         Mereka diasuh dengan menghafaz Al-Quran pada usia yang kecil. Ada diantara mereka yang selesai hafal Quran pada usia yang cukup muda, contohnya sayyid Muhammad Ibn Alawi Al-Maliki mampu khatam Hafazan Quran pada usia beliau 10 tahun . power sungguh
·         Setelah selesai ilmu Quran, mereka akan menghafal pula matan –matan asas ilmu dan memahaminya dengan bertalaqqi dengan ulama-ulama besar yang berada di sekitar mereka.
·         Sylibus ilmu mereka akan meningkat dengan kekuatan mereka untuk memahami ilmu2 tersebut. Mereka akan sampai pada suatu tahap dimana mereka akan mengkhatamkan kitab-kitab usul agama seperti kutub sittah dan kitab hadis yang berpuluh-puluh jilid.
·         Apabila mereka sampai di kedudukan yang melayakkan mereka untuk mengajar, mereka akan membuka Madrasah atau Maahad untuk berdakwah kepada orang ramai dan seterusnnya menghasilkan beribu-ribu anak murid yang kemudiannya akan menjadi ulama seperti tok guru mereka.
·         Mereka akan terus menerus dengan pengajaran mereka dan menhasilkan jentera-jentera dakwah sehingga mereka dijemput menemui ilahi. Mereka akan menemui Tuhan mereka dengan berpegangan tangan Rasulullah kerana mereka adalah golongan yang memperjuangkan Sunnah Baginda dan telah menegakkan Syariat ALLAH.

Secara ringkas, mereka berjuang untuk ilmu dan syariat  dari mereka usia mereka masih kecil sehinggalah mereka meninggalkan dunia ini. Mereka tak ada masa untuk mencari dunia, berhibur dengan muzik, layan facebook, mencari publisiti, kumpulkan harta dalam akaun bank, sibuk dengan dunia artis. Ilmu adalah dunia mereka, sunnah dan ketaatan adalah hiburan mereka, mengajak orang lain untuk mempelajari dan melaksanakan  syariat dan sunnah adalah kerja mereka.

Setiap detik mereka dipenuhi dengan penghambaan dan perjuangan, masih ada lagi ke peluang untuk kita menyulusuri kehidupan kemuliaan seperti mereka ? dengan kehidupan inilah mereka menjadi Ulama, Aulia, Pendakwah. Mereka menggapai kasih saying ALLAH dengan kefahaman yang jitu terhadap syariat,menyebarkan dan mengajak kepada sunnah Nabi , ketaatan yang penuh keikhlasan, khidmat dan nasihat mereka terhadap kaum muslimin.  Alangkah jauhnya kita daripada kehidupan mereka. Cara mereka hidup terlalu berbeza daripada hidup kita hari ni. Kehidupan kita berbeza 180% darjah daripada kehidupan mereka .

Demi ALLAH, inilah kehidupan patut dibanggakan oleh seorang Ahli ilmu dan Ahli Sunnah.

Kami selalu  dimotiwasikan oleh syeikh kami dengan kehidupan masyaikh beliau, malah kehidupan beliau sendiri hamper mirip dengan kehidupan guru-guru beliau. Setiap kali kami mendengar tentang kehidupan dan perjuangan mereka, kami meraung kesedihan ( dalam hati ) kerana kami masih terlalu jauh untuk menikmati kehidupan seperti mereka.


Ø  Moga ALLAH melindungi guru –guru kami yang mulia, yang mengajarkan kami erti kehidupan, yang mentarbiah dan membimbing kami untuk mengikuti jejak golongan yang mencapai kemuliaan di sisi ALLAH.
Ø  Kepada sesiapa yang masih tidak menjumpai guru-guru yang mampu mentarbiah mereka, berkejaranlah untuk mencari mereka, kerana para Sahabat tidak mampu keluar dari era Jahiliah melainkan setelah mereka dikurniakan seorang “ guru istimewa “ yang Berjaya membimbing mereka sehingga mereka layak menjadi sebaik-baik manusia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...