Monday, December 12, 2011

KITA DAN DULDUL

                BISMILLAH. Sekadar satu perkongsian, al-faqir menaqalkan satu kisah yang ana dengar daripada Syeikh ana , Allamah syeikh Yusri Al-Hasani yang disampaikan dalam khutbah jumaat beliau 2 minggu lepas.


Termaktub dalam kitab-kitab yang membicarakan sejarah Rasulullah (kitab sirah ) , bahawa Baginda Nabi pernah menerima hantaran hadiah daripada Raja Mesir ketika itu yang bernama Muqauqis. Termasuk dalam hadiah itu adalah Mariah Qibtiyyah yang diambil Rasulullah sebagai Jariah. Daripada Mariah Qibtiyyah inilah lahirnya salah seorang anak lelaki Rasulullah dan dinamakan sebagai Ibrahim.Tapi, Saidina Ibrahim ini wafat semasa bayi lagi.


Yang menariknya, antara Hadiah yang dihantar oleh Muqauqis adalah seekor Baghal.kan Mesir banyak himar dan baghal, tu yang Muqauqis hantar sekor untuk Rasulullah untuk dijadikan haiwan tunggangan. Cuma himar dan baghal bukannya sejenis haiwan dipandang hina seperti zaman sekarang, bahkan ia adalah haiwan tunggangan yang menjadi favourite ketika zaman dulu.Malah,  pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah sendiri ketika peperangan Uhud pernah menunggang keldai yang berwarna putih.






Ceritanya, Baghal yang dihadiahkan oleh Muqauqis diterima dan dijadikan haiwan tunganggan oleh Baginda.Baghal tersebut dinamakan dengan nama :  DULDUL ( دلدل ) .  Alangkah bertuahnya Si duldul ni, dapat berkhidmat secara langsung untuk Rasulullah yang menjadi Rahmat bagi sekalian makhluk di permukaan bumi ni. Kita yang manusia pun belum tentu dikurniakan nikmat untuk khidmat Baginda.


Yang peliknya, tak lama selepas kewafatan Baginda, Duldul ini terjun ke dalam sebuah telaga dan mati. Para ahli sirah menyatakan bahawa duldul ni sengaja terjun dalam perigi kerana TAK SANGGUP DINAIKI OLEH SESIAPA PUN MELAINKAN BAGINDA RASULULLAH, kerana ia sedar betapa dirinya begitu berharga kerana dapat berkhidmat untuk Kekasih ALLAH yang paling tinggi kedudukannya.


Ikhwan sekalian, seekor keldai pun tahu dan sedar akan kemulian Rasulullah. Takkan kita yang diciptakan sebagai makhluk berakal masih teraba-raba  mencari jalan mencari hakikat kemuliaan makhluk agung ni ? Takkan lah kita yang dijadikan Manusia masih memperkecilkan sunnah2 Nabi kita, sedangkan memperkecilkan sunnah itu adalah disebabkan kegagalan dalam menyedari hakikat kedudukan Rasulullah dan sunnah Baginda di sisi Allah ? Takkan lah kita yang ngaku mulia ni berani keluarkan kata-kata biadap terhadap ibu bapa dan ahli beit Baginda, sedangkan perbuatan itu jelas akan menyakiti Baginda ?


Kisah diatas hanya salah satu kisah cintanya makhluk tuhan terhadap Rasulullah, belum lagi cerita tunggul kayu yang meraung kerinduan terhadap Baginda, belum lagi cerita unta yang mengalirkan air mata di hadapan Nabi, belum lagi kisah labah-labah yang membuat sarang-sarang untuk mempertahankan Rasulullah .


Moga ALLAH kurniakan kita nikmat untuk berkhidmat untuk kekasih –NYA, sebagaimana yang dikurniakan kepada makhluk-makhluk yang lain.


ü  Ni adalah entry pertama bagi blog ni, jadi sebarang kesalahan bahasa dan uslub buat-buat
tak nampak je ye.
ü  Entry ni ditulis ketika kami dalam perjalanan menziarahi Qutb Sayyid Ahmad Badawi di Tonto Mesir sambil menziarahi sahabat seperjuangan kami yang duduk di Tonto, moga ALLAH jadikan ziarah ni ziarah yang Maqbulah.
ü  Sape nak mencari maklumat yang lebih terperinci tentang DULDUL buleh la bukak kitab-kitab sirah yang gadang seperti Raheeq Makhtum dan Sirah Ibn Hisyam. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...