Friday, December 16, 2011

HURU-HARA MANHAJ AHLI ILMU ZAMAN INI


Menjentik kotak pemikiran ahli ilmu untuk merenung tentang permasalahan ilmiah disekitar mereka.  Imam Baihaqi dalam kitab beliau yang bertajuk “ Al-Madkhal “ menaqalkan secebis kalam daripada seorang jaguh dalam Ilmu hadis pada zamannya, iaitu imam Yahya Ibn mahdi. Imam yahya Ibn mahdi berkata : “ Apabila kami (Ahli Hadis ) meriwayatkan hadis-hadis daripada Rasulullah tentang halal dan haram dan hukum hakam maka kami akan berkeras dalam sanadnya dan menapis rijalnya. Apabila kami meriwayatkan hadis-hadis tentang kelebihan-kelebihan sesuatu amalan atau  pahala dan dosa maka kami akan bermudah dalam  sanadnya dan bertolak ansur dengan rijalnya.”


Ini adalah manhaj Ilmu yang tertancap kukuh dalam jiwa ahli-ahli ilmu dari zaman salafus soleh iaitu : berkeras dalam permasalahan halal-haram dan bermudah dalam permasalahan yang berkaitan fadhoil amal. . Malangnya, pada zaman kita ini, manhaj ini semakin diabaikan dan hampi-hampir pupus di kalangan ilmuwan. Ahli ilmuwan zaman ini lebih suka berkeras dalam masalah  ( cabang ) syariat seperti masalah Fadhoil Amal. Adapun masalah halal dan haram, telah menjadi semakin longgar dengan alasan mengejar taisir dan kemudahan.






Bila para ahli ilmu mula meracau dengan menyatakan :
-          Berzikir guna tasbih bid’ah dan masuk neraka
-          Berzikir dalam jemaah adalah bid’ah dan masuk neraka
-          Berzikir dengan suara nyaring adalah bid’ah dan masuk neraka
-          Buat majlis maulid adalah bid’ah dan masuk neraka
-          Memuji Nabi dalam Qasidah adalah ghuluw dan masuk neraka
-          Menyebut “sayyidina” ketika menyebut nama Rasulullah adalah haram dan masuk neraka
-          Baca hizib, selawat , wirid, tertentu adalah bid’ah masuk neraka
-          Ziarah ke kubur para ulama dan aulia adalah syirik masuk neraka
  
Cukup sekadar itu, banyak lagi tajuk racauan para ahli ilmu zaman ini. Kalau diperhatikan betu-betul, kebanyakan permasalahan di atas hanyalah bersifat Furu’ dan cabang syariat. Merupakan satu jenayah besar dalam arena ilmu, apabila isu-isu ini digunakan sebagai sebab untuk menkafirkan dan mensyirikkan orang lain.
Cuba tengok apa yang semakin longgar zaman sekarang :
-          Mengkafirkan sesama kaum Muslimin dibolehkan dan halal
-          Mengurangkan kedudukan Nabi dan menafikan kemuliaan Baginda dibolehkan dan halal
-          Menemplak dan menghina para ulama dan aulia dibolehkan dan halal
-          Makanan yang syubhat seperti gelatin babi dan ayam tak disembelih jadi dibolehkan dan halal belaka


Banyak lagi masalah hukum-hakam yang berlegar di antara masalah halal dan haram menjadi semakin longgar dan dipermudahkan dengan alasan mengejar Taisir. Dengan alasan masalah khilaf, yang haram dan syubhat boleh halal. Tanpa disedari, Syariat Tuhan yang berkaitan hukum halal haram semakin dipermainkan.
Bukan setakat halal haram dipermudahkan, malah masalah Aqidah dan Tauhid pun jadi huru-hara.
-          Menyatakan ALLAH tempatnya di langit boleh sahaja
-          Beri’tiqad bahawa ALLAH mempunyai anggota badan seperi tangan dan wajah boleh-boleh sahaja
-          Menyatakan ALLAH duduk di atas Arasy seperti kita duduk di atas kerusi boleh sahaja.


Kenapa yang sepatutnya dikeraskan menjadi mudah, yang sepatutnya dimudahkan menjadi keras ?


Kenapa kita terlalu jauh daripada manhaj ahli ilmu yang mencapai keunggulan dan ketinggian dalam arena ilmu ?


 Semua masalah ini hanya boleh dikolokai ( sila cari kamus ) dengan satu kunci sahaja, iaitu ilmu dan kefahaman yang jernih terhadap Al-Quran dan Sunnah ,yang diambil berdasarkan manhaj kefahaman yang disusun para ulama dan ahli ilmu,  bukan kefahaman tempang yang diambil daripada sumber yang tempang seperti internet dan ahli bid’ah yang suka meracau tentang hukum hakam seperti yang banyak berlaku di sekitar kita hari ini.

Ø     
      Manhaj ahli Ilmu : “ berkeras dalam hukum-hakam yang berkaitan halal dan haram, dan bermudah dalam hukum hakam yang berkaitan kelebihan sesuatu amalan ( Fadhoil Amal ) bertujuan untuk meluaskan jalan para muslimin melakukan ibadat.
Ø   Katakan “ tidak “ kepada tasyaddud yang tidak kena tempatnya
Ø  ( TAK BERAPA SEMPAT NAK EDIT POSTING NI, MAAF KALAU ADA YANG SILAP )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...