Di bawah ini adalah butiran-butiran
pantun dikarang oleh Syeikh Kami yang Mulia Al-Allamah Al-Faqih Syeikh Kiyai
Ahmad Jumhuri Al-Banjari Al-Makki. Pantun ini dihadiahkan oleh beliau kepada
alfaqir ketika menziarahi beliau di Makkah pada tahun lepas di rumah beliau
yang terletak di kawasan hujun ,Makkah mukarramah. Mudah-mudahan yang
menulisnya, yang membacanya, yang memyebarkannya dapat manfaat untuk perbaiki
diri dan amalan masing-masing.
1.)
Si
Atuk dah yang tua lanjut panjang umur
2.)
Rambut sudah beruban mulai tabor
3.)
Gigi sudah longgar giyang-giur
4.)
Kulit
sudah kecut kendur
5.)
Jalan
pun termundur-mundur
6.)
Pakai
tongkat yang lurus kujur
7.)
Ingatan
sudah bersimpang-siur
8.)
Kadang-kadang
menitis air liur
9.)
Mata
yang tadinya terang, mulai kabur
10.)
Makan nasi yang lembut, kadang-kadang makan bubur
11.)
Ayuh janganlah kita iri dengki, bongkak, sombong, takabbur.
12.) Jangan menipu ; yang buruk dianggap baik dan diaduk
dicampur-campur
13.)
Ajaklah manusia berbuat baik, adapun yang jahat
dilarang dan ditegur
14.) Beriman teguh terhadap ALLAH , awas jangan kufur
15.)
Iman yang kuat tidak terkesan dengan panas , kena
hujan pun tidak akan luntur.
16.)
Bertaqwa kepada ALLAH Rabbun Syakur
17.) Berbakti kepada ibu dan bapa ,jangan keluarkan
perkataan yang kotor
18.)
Menuntut ilmu kepada Ulama Amilin yang pigur
19.)
Haram mempelajari agama dengan si kafir,mendapatkan BA
atau doctor
20.)
Tak payahlah membanggakan anak isteri, harta benda dan
kenderaan bermotor
21.) Didiklah anak dan sekalian makhluk dengan baik dan
jujur.
22.) Suami Isteri saling berkasih sayang,Rumah tangga
dipenuhi Sakinah dan tidak hancur
23.)
Merenung penciptaan Langit dan bumi sambil tafakkur
24.)
Sentiasa berzikir mengingati ALLAH sambil berdiri
,duduk, baring dan tidur
25.)
Banyak berselawat dan salam Nabi junjungan yang
mempunyai kemuliaan luhur
26.)
Kerana umur kita sudah senja, bagai matahari yang akan
tenggelam dilumpur
27.)
Mari kita siapkan bekalan untuk masuk kubur
28.)
Itulah amal soleh yang sangat perlu dan dianjur
29.)
Berlumba-lumba dalam kebaikan , untuk itu menambah jam
lembur
30.)
Amal yang , dalam liang lahad menjadi teman yang
menghibur
31.)
YA ALLAH berilah kami taufiq hidayah dan himmah beramal soleh tidak lentur
32.)
Bertahajjud tengah malam meninggalkan bantal dan kasur
33.)
Sentiasa melaksanakan taubat kepada ALLAH agar segala
dosa kita jadi lebur
34.)
Menjauhi maksiat agar ketika melintasi neraka tidak
gugur
35.)
Atas nikmat Iman dan Islam serta afiat, marilah kita
bersyukur
36.)
Atas bala bencana redho dengan ketentuan Robbun Syakur
37.)
Yang Solehin akan masuk syurga yang kebunnya menghijau
subur
38.)
Makan buah pisang, kurma dan anggur
39.)
Berjiran dengan Para Anbiya, syuhadaβ yang gugur
dimedan perang ketika bertempur
40.)
Di dalam syurga Firdaus sambil memandang Zat ALLAH
Rabbun Ghafur
Di susun oleh Allamah Kiyai Ahmad Jumhur
Ditanah suci Makkah yang Makmur
Hari Isnin tanggal 9 1428 pada bulan Rajab yang Masyhur
Bersamaan 23 julai 2007 bulan libur
Doa pembaca yang baik saya harap ketika sahur
( Gambar Al-Allamah Kiyai Ahmad Jumhuri, ulama hebat di Mekah )
Dipanjangkan dan di βmelayuβ kan dari bahasa Banjar oleh si hamba
yang banyak dosa lagi berjiwa kotor
Yang mengharapkan pandangan Rahmat dari ALLAH yang maha Ghafur
Kalau ado yang salah silap silalah tegur
Silalah baco, renung diri dan moga-moga terhibur
Sambil-sambil menyesali diri dan terus bertafakkur
Moga ALLAH selamatkan kita semua di dunia dan ketika dalam kubur
Sekian
No comments:
Post a Comment