Friday, July 13, 2012

jawapan untuk akak-akak medic


BISMILLAH. 

Berikut adalah beberapa jawapan bagi persoalan-persoalan yang ditanyakan oleh saudari-saudari dari kuliah perubatan yang berkaitan hukum-hakam kontemporari dalam permasalahan puasa.  Jawapan ini diadaptasi dari sebuah artikel yang diambil dari sebuah klinik swasta di Malaysia. Baco elok-elok :

Perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan perubatan yang TIDAK MEMBATALKAN puasa :

1.)    Menggunakan ubat titisan mata , titis telinga dan cucian telinga  ( dengan syarat : tidak sampai batas gegendang telinga  )

2.)    Penggunaan pil tablet nitroglycerin ( GTN ) atau sebarang ubat yang sejenis dengannya yang diambil dengan cara meletakkan di bawah lidah tanpa ditelan bagi merawat kesakitan dada ( angina pectoris ) bagi pesakit jantung.


3.)    Melakukan proses penampalan gigi , cabutan, pembersihan atau memberus gigi dengan syarat pesakit tidak menelan sebarang bahan-bahan semasa prosedur rawatan tersebut.

4.)    Semua bentuk suntikan sama ada melalui lapisan kulit, otot sendi atau sendi darah.


5.)    Pendermaan atau pemindahan darah

6.)    Penggunaan  ubatan untuk sapuan , balutan dan plaster pada permukaan kulit.


7.)    Pengambilan sampel darah untuk ujian makmal

8.)    Memasukkan tiub kecil ( catheter ) melalui salur darah untuk tujuan pemeriksaan seperti prosedur angiogram untuk pemeriksaan jantung.


9.)    Pemeriksaan laparoscop , iaitu pemeriksaan dalaman dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui dinding abdomen untuk pemeriksaan bahagian dalaman pesakit.

10.)                        Berkumur-kumur termasuk kumur-kumur secara gargle ( sehingga hampir ke tekak ) , dan ubat teraputik semburan ke mulut yang tidak melibatkan proses menelan.


11.)                        Menjalani biopsy iaitu pengambilan spesiman atau cebisan yang diambil daripada hati atau organ-organ lain untuk tujuan analisa makmal.

12.)                        Penggunaan ubat semburan ( spray ) hidung tanpa disedut.

13.)                        Rawatan dialisa untuk masalah pesakit buah pinggang sama ada haemodialisis atau peritonealdialisis


14.)                        Menjalani rawatan bius setempat atau separuh ( local ) dengan semburan atau suntikan setempat

15.)                        Penggunaan ubat buasir dengan memasukkan semula kawasan buasir pada tempatnya tanpa melibatkan kawasan rongga yang dalam.


Perkara-perkara berkaitan dengan rawatan perubatan yang membatalkan puasa :

1.)    Penggunaan alat sedutan ( inhaler ) untuk rawatan lelah ( athma ) atau penyakit paru-paru kronik.

2.)    Memasukkan sebarang tiub kecil ( pessary ) atau ubat ke dalam faraj ( vaginal suppository ) termasuk prosedur prosedur cucian , pemeriksaan dalaman vaginal ( vaginoscope ) atau pengawai perubatan @ doctor memasukkan jari ke dalam faraj untuk pemeriksaan dalaman vagina.


3.)    Memasukkan sebarang tiub catheter, alat pemeriksaan dalam saluran kencing ( urethroccope ), barium atau ubat pencuci yang dimasukkan sama ada ke dalam saluran kencing bagi lelaki atau wanita ( example : memasukkan urnary catheter untuk rawatan sumbatan salur kencing )

4.)    Penggunaan alat seperti enerma , tiub suppository, teropong protoscope atau jari doctor ke dalam dubur atau rectum untuk tujuan pemeriksaan.


5.)    Penggunaan teropong usus ( endoscope ) atau teropong perut ( gasteroscope ) untuk tujuan pemeriksaan sistem penghadaman.

6.)    Penggunaan bius menyeluruh yang melibatkan penggunaan gas.

Beberapa catitan muhim giddan :

·         Perhatian : semua hokum-hakam diatas hanyalah sebagai panduan asas bagi para ahli perubatan yang terlibat dalam rawatan perubatan, setiap dari hokum-hakam diatas mempunyai tafarru’ ( cabang ), permasalahan, qaedah istidlal, pengaplikasian qaedah-qaedah fiqhiyyah, perbahasan muqaranah mazahib ( mazhab comparative ) dan pelbagai dasar-dasar usul fiqh yang sudah pasti melibatkan kajian yang mendalam terhadap setiap yang disebut.

·         Permasalahan hokum-hakam diatas adalah permasalahan kontemporari yang melibatkan sudut pandangan yang pelbagai dari para ulama masa kini, perselisihan ( khilaf ) dan pro and cons adalah perkara biasa dalam perbincangan masalah-mnasalah ini.

·         Secara umumnya, kebanyakan ( bukan semua ) hokum-hakam yang berkaitan dengan dunia rawatan perubatan terbina diatas kaedah dhorurat kerana melibatkan nyawa dan kesihatan pesakit, tetapi bukan semua hokum fiqh itu boleh diringan-ringankan para ahli perubatan dengan alasan dhorurat kerana hanya para ahli ilmuwan sahaja yang mampu membezakan mana benar-benar yang dorurat dan mana yang “ buat-buat dorurat “.

·         Yang pasti, hanya golongan yang mempunyai rasa takut pada ALLAH dan rasa cinta kepada Rasulullah sahaja yang mampu menjadi seorang doctor yang cemerlang dalam kerjaya dan kehidupannya. WALLAHU’ALAM.




CATITAN AKHIR :  Aku ni macam elok masuk kuliah medic je lepas ni, tahun depan pindah masuk university cairo la nampak eh ni, MBBCH, cam menarik je …………..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...